Family Trip : Langkawi

assalamualaikum

entry lepas Syifa ada bagi teaser gambar Langkawi kan. Meh Syifa nak cerita pasal family trip Syifa kat Langkawi hujung bulan Januari hari tu. Akak ambil kesempatan cuti wilayah terus dia booked tiket flight pegi Langkawi. Tapi Syifa dan mama semua naik feri dari Kuala Perlis sebab kami dari Penang, kakak dan family dari KL. Lepas je ambil depa kat Airport Langkawi, terus p cari makan la. Sebab masing-masing dah lapaq kan. Kami p makan Laksa Kaw Ikan Sekoq kat sebelah Airport tu. Waze ja, sure jumpa. Jangan risau. Nice jugak laksa dia. Meman superb habaq maii. Tempat plak sebelah pantai, memang terbaik laa.. angin sepoi sepoi bahasa gitu.. haha :) Sementara yang lain makan-makan, Syifa bawa la si jantung hati semua orang neh, Muadz Syafiy p kat pantai. Bak kata orang sesi ice breaking gitu. hee :) sebab neh first time si Muadz neh nak main pantai.


Lepas check-in semua, relax-relax dan solat. Kami sekeluarga g ambil angin petang dekat Pantai Chenang memandangkan homestay kami dekat saja dengan Pantai Chenang. Kami sewa dekat Homestay Chenang Resthouse. Best jugak la sebab ada swimming pool. Kecik ja, tak besar sangat pun. Homestay kami neh sangat suasana kampung. Homestay neh boleh muat dalam 10-12orang. no worries. sebab memang satu rumah tu, pihak homestay sediakan banyak katil :). 

Kali pertama Si Muadz Syafiy jejak kaki kat pantai. So, dia penakut sikit. Takut kat air laut. Kalau main pasir pantai okay je, janji jauh dari laut. Mula-mula memang dia nangis gila-gila. Tapi lama-lama dia okay la sikit. Kena ada gayanya nak pujuk dia. Nak bagi dia berani. Nak ajar dia kan. hee :) 


Malam pulak, kami dinner kat kedai mana tah. Tak ingat. HAHA :) Tapi makanan dia not bad and kami nak celebrate January Babies, Mama (14/01/60) , Abg Lan (21/01/85), Neesha (31/01/2002) dan tak lupa jugak arwah adik ika (02/01/1994-14/01/2014). Alfatihah .

Kek neh akak aku order kat sorang sis neh. Dia stay dekat Langkawi. sedap weyh kek dia. Yang kakak order Estacy Ice Cake and Mini Pavlova.. Kek dia tak manis sangat dan nice je rasanya.. Mama suka jugak kek neh . Kalau korang nak pegi Langkawi dan nak celebrate birthday kesayangan, korang boleh la order kek dekat kak lin neh.. Vanila Cake House . Harga pun affordable. 




Kalau pegi Langkawi memang taksah la kan kalau tak pegi Skycab a.k.a cable car kat sana kan.. Walaupun semua gayat, tapi tetap gagah jugak naik sebab nak tengok view yang sangat awesome. tambah-tambah pulak neh kali pertama Muadz Syafiy mai sini, so dia sedikit cuak dan takut. haha :) 




we are happy family. just a small family. :)


petang tu pulak pegi lepak kat Dataran Lang. 




Kami pegi sana 3h2m ja. :) hari last dekat sana, kami ambil pakej Mangrove Tour kat Kilim Geoforest Park. Best sangat mangrove tour neh. Macam Island Hopping yang g Pulau Dayang Bunting-Pulau Beras Basah-Eagle feeding.. Tapi yang Mangrove tour kali neh pegi Sangkar Ikan-Gua Kelawar-Eagle Feeding-View Kilim Geoforest Park. boleh tengok pakej Mangrove tour dekat sini.






For the first time Syifa pegang ikan Pari hidup-hidup dan nama dia Husin dan Faridah. haha :) nama melayu aja.. Mula-mula memang takut la kan, sebab kedalaman sangkar tu 7m and takdak pengalaman langsung kan. kot-kot la terjatuh ka, tapi ku gagahi jugak. Very nice experience. Nanti kalau pegi Langkawi lagi, nak ambil full package mangrove tour la, barulah puas hati.. :))


neh pulak bila nak pegang belangkas. geli oi bila dia gerak-gerak kaki dia tu. Bak kata orang tu, belangkas neh since zaman dinosour lagi katanya. Belangkas neh muka macam Predator kan? haha :)

Lepas je Mangrove Tour, kami pegi melepak dekat Telaga Ayer Hangat. Best rendam kaki sambil relaks kan minda dekat sana dan juga ada urutan traditional kat sana. memang best la. layan je Syifa neh g mengurut kaki kat akak tu.. sedap je dia urut, rasa ringan terus badan. haha :) kat sini jugak ada jakuzi. weehooo.. Lepas zohor je, kami cari makan dan shopping minyak gamat, then balik ke realiti. cuti dah habis. haha :D 

Comments

Popular posts from this blog

Natural Skincare; Mary Jardin

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel

New Semester