Langit tak selalunya cerah.


Assalamualaikum

Langit tak selalunya cerah. ALLAH akan turunkan hujan terlebih dahulu sebelum keluarkan pelangi. Pelangi yang boleh membuatkan semua orang tersenyum apabila melihatnya. Itulah lumrah kehidupan. ALLAH takkan uji hambaNya jika hambaNya tak mampu nak menghadapinya. 

Minggu lepas, something bad happen to me. Subhana-ALLAH hanya ALLAH yang tahu macam mana perasaan ini. Semua orang boleh marah, semua orang boleh cakap "awat senang sangat hang percaya cakap orang?", "awak hang bodoh sangat p ikut?". Tapi, adakah mereka berada di tempat aku? hmm. payah. Apa perasaan anda bila tetiba strangers approach suruh koyak coupon then suddenly sneak in inside your car? Panic? Yes of course! At that time, memang aku panic sampai tak taw nak cakap apa. And aku just mampu istighfar ja dan ikut ja apa mereka suruh. Dalam hati memang pikiaq macam-macam. 

Takut. Sapa tak takut kan? Perempuan bila dia sorang-sorang, memang dia takkan jadi berani. hmm. that happen to me. Bila sampai ke destinasi yang mereka suruh aku bawa pada masa itu, hanya satu saja pikiaq, "janganlah diorang buat apa apa dekat aku." Aku diminta untuk masuk ke bilik kecil. Then diorang mulalah bercerita panjang lebar sampaikan aku tak memberi sepenuh perhatian dengan apa yang berlaku.Katanya aku menang hadiah besar. tapi aku kena bayar cukai dulu. huuu.. Apa yang pasti, aku ikut sahaja apa mereka suruh. aku jadi bengong. Aku takut mereka akan apa-apakan aku kalau aku tak ikut apa mereka nak , sebab geng-geng mereka ada dalam lebih kurang 10 orang. dan aku sorang.. Kehilangan duit tu adalah nilai yang besar bagi student macam aku neh. Tapi, bila dipikir-pikir balik, biarlah hilang duit janji aku selamat. Alhamdulillah mereka tidak apa- apakan aku. 

Selepas keluar sahaja dari situ, badan aku jadi menggeletar. takut. terus aku memandu laju balik rumah. Keesokan harinya baru aku buat report polis dan baru aku tahu rupa-rupanya dah ramai jadi mangsa gores & menang atau koyak & menang neh, huu. Subhana-ALLAH. Lepas buat police report, kena pergi settle dekat KPDNKK pulak. Di KPDNKK kita boleh membuat tuntutan dengan pihak penentang dan in shaa ALLAH pihak KPDNKK akan membantu.

inilah cara yang aku kena.

"Tindakan undang-undang pernah diambil terhadap sindiket gores dan menang, tetapi kegiatan mereka masih berleluasa. Langkah penguatkuasaan yang diambil juga seakan tidak memberi kesan apabila sindiket yang sama aktif semula. Penipuan menerusi peraduan gores dan menang ini te­lah berpuluh-puluh tahun berlaku dan hingga ke hari ini ia masih gagal dibanteras, di mana silapnya?

Sebelum ini sindiket ini berope­rasi di kampung-kampung apabila ejen-ejen gores dan menang dengan mudah berjaya menipu masyarakat luar bandar terutamanya warga emas. Kini warga emas dan golongan wanita di bandar pula menjadi sasaran mereka. Malah, golongan profesional turut diperdaya oleh mereka.

Sindiket ini yang kebanyakannya berselindung di sebalik syarikat untuk menjalankan kegiatan mereka tidak pernah serik. Undang-undang sedia ada yang sekadar mengenakan hukuman denda jelas sekali tidak menakutkan mereka. Operasi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan polis ke premis mereka juga tidak memberi kesan - sindiket ini akan beroperasi semula selepas diserbu.
Mereka seperti tidak gentar de­ngan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Jika sekadar didenda beberapa ratus ribu ringgit, apalah sangat dibandingkan pendapatan jutaan ringgit yang diperoleh setiap bulan dengan menipu orang ramai." - Utusan








Everyone out there, please extra careful with this syndicate. Ramai yang dah kena, dan modus operandi mereka sekarang kan approach kita di parking lot mana-mana mall then mereka akan menyuruh kita koyak kupon. Lepas kita koyak bila kat kupon tu ada kaler-kaler dan mengatakan kita menang hadiah besar. kononnya lah. kemudian mereka akan serbu masuk kereta terus dan menyuruh kita pergi ke pejabat untuk claim hadiah. kemudian di pejabat itu memang ramai orang-orang mereka dan kita tidak akan mampu untuk membuat apa-apa, kerana ketika itu kita sorang-sorang. 

Cuba untuk senyum walaupun dugaan yang dihadapi ini mungkin kita tidak mampu untuk tanggungnya sorang-sorang.

Comments

  1. Salam singgah sini dik...senyuman penawar sebuah kedukaan...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. hi kak :)
      haah, senyuman penawar kedukaan. Syifa' kan membawa maksud penawar.. heee :D

      Delete
  2. da bnyak keluar dkt surat khabar, tv dll.. tapi kes mcm ni ada jer yg ken.. huhuhu kdng2 org2 trpelajar pn kena jgk... hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, betul tu.. polis pun ramai yang terkena.. huuu.. kita kena lebih hati hati la lepas neh.. maybe ramai yang terlepas pandang kan... lagi pun, macam-macam jenis cara mereka cuba nak menipu neh. huuu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Natural Skincare; Mary Jardin

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel

New Semester