Posts

Showing posts from September, 2015

From KOREA to KUALA LUMPUR : Pelicana Chicken ( Ayam Goreng Korea @ Yangnyeom Chicken)

Image
assalamualaikum 
Syifa mana minat sangat makanan korea semua neh. Kalau bab-bab makan @ food hunting, si Sally lah selalu bawa Syifa pegi makan. Sebelum neh dia bawa makan kat KyoChon. Mula-mula memang takut tak sedap or lebih tepat sekali takut tekak yang tak boleh terima. HAHA. Biasalah bila tekak anak melayu neh, mana boleh makan benda pelik-pelik. 

Pastu, Sally bawa pulak Syifa pegi makan dekat Pelicana Chicken yang dekat Atria Shopping Gallery. Dengar kata Pelicana Chicken neh dah hampir 33 tahun dalam industri neh sejak 1982. WOW! lamanya. So, sekarang Pelicana Chicken dah ada dekat Malaysia. Yeah! haaa.. Sebab tu lah katanya "From KOREA to KUALA LUMPUR" . Bagi sesiapa yang berminat makanan korea neh, boleh lah cuba Pelicana Chicken pulakk.. SEDAP! dan design kat restauran tu pun chill je, tak berat sangat. Syifa suka! :)

Waktu kami pegi tempoh hari, Pelicana Chicken ada perkenalkan satu menu terbaru mereka iaitu Pelicana Garlic YangNyeom. YangNyeom adalah ayam yang b…

The Story 2015

Image
Assalamualaikum
”The Story” MenampilkanIndividu Berpengaruh Berkongsi Pengalaman dan Perjalanan Hidup Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Kamarudin Meranun dan Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui pengalaman dan perjalanan hidup mereka Cyberjaya, 16 September 2015 – Tiga figura hebat tanah air telah dikumpulkanpada satu pentas yang sama untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup mereka di dalam “The Story”. Pengajuran sulung majlis ini menampilkan tiga individu yang disegani di dalam lapangan masing-masing iaitu:
Dato Siti Nurhaliza Tarudin
Datuk Kamarudin Meranun
Tun Dr Mahathir Mohamad
The Story merupakan sebuah majlis yang dianjurkan bagi memberi inspirasi buat  rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya generasi muda untuk berusaha dan berjaya dalam bidang yang ingin mereka diceburi.

The Story adalah sebuah insiatif olehGenerasi Bersatu Malaysia (GBM), sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan belia di Malaysia dengan m…

September

Image
assalamualaikum 

apa yang berlaku semestinya ada hikmah disebaliknya. ALLAH S.W.T takkan uji hambanya jika hambaNya tak mampu nak hadapi segala ujian atau cabaran yang diberi. dalam kehidupan ini, jika kita tidak di uji oleh ALLAH sama ada dari segi mental atau fizikal, kita takkan pernah belajar. 
belajar dari pengalaman adalah perkara yang terbaik. ini kerana, melalui pengalaman kita tidak akan ulangi lagi perkara yang salah jika ingin mendapat kehidupan yang lebih baik. tapi, manusia mana pernah lari dari tak melakukan kesalahan. tak semestinya pabila membuat satu kesalahan kita terus belajar. setiap manusia berbeza. ada yang melakukan kesalahan banyak kali baru mereka akan belajar dari kesilapan mereka itu. 
manusia akan berubah. sama ada dari segi kebaikan atau keburukan. keadaan persekitaran manusia akan membuatkan manusia itu berubah. ingat lagi pesanan dari mama syifa, "berkawan dengan orang baik, kita akan jadi baik. berkawan dengan orang jahat, kita akan jadi jahat&quo…