#112. biar mimpi sampai ke bintang

assalamualaikum ! hye.hye.hye :)


alhamdulillah. baru sempat bernafas setelah melalui hari-hari yang membusykan yang xberapa nak busy neh. spending time dengan family adalah masa yang perlu kita hargai. walaupun tidak pergi bercuti ke mana-mana dan hanya stay kat umah.. itu adalah masa yang diperlukan oleh aku sebagai anak perantau neh.. chewahh! aku menghabiskan sisa-sisa cuti aku neh dengan meluangkan masa bersama family tercinta. 2minggu yang pertama aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai cucu.. jejaknya kaki aku di bumi penang, aku terus stay kat kampung. *okay nie tipu sat. tdoq kt umah satu malam* .. fyi. kampung aku kat belah seberang a.k.a tanah besar.. umah aku plak kat belah pulau neh haaa.. selama hampir 2 minggu aku stay kat kampung. bukan buat apa sangat pun. aku jaga tok dan ann (tok lelaki). iyolah, since tok masuk hospital hari tue, tok dah xlarat nak buat apa dah. tambah-tambah, pas ja tok kuaq dari hosp, tok kena plak tahan ag 2hari kot sebab nk kena letak simen plak kat kaki tok sebab menurut kata doktor buku lali tok sudah retak. huhuhu. almost 2bulan++ tok xbergerak ke mana-mana and tak mampu untuk berbuat apa-apa. tapi sekarang. alhamdulillah berkat kesabaran dan doa semua orang, tok da mula sihat sedikit. simen di kaki tok da bukak bulan lepas, tok da mula berjalan dengan menggunakan tongkat. alhamdulillah. :')  

ann pulak. since tahun bila tah, wsanya since 2006 kot (xingat), ann da mula tak nampak. ini bukan diklasifikasikan sebagai buta ya. kurang penglihatan. disebabkan selaput mata wsanya.. huhu. itu pasal la kalu ann p umah anak-anak dy. dy xbape nk suka. sebab dy tak tahu jalan nak p mana-mana. hanya umah senirik ja dy tahu selok belok nak p mana-mana.  urm. but. lately neh. penglihatan ann cam semakin teruk. huhu. ann da mula lupa selok belok umah kat kampung. huhu . :( selamat la time kami ada, boley la kami tolong bawa ann g tandas or g makan. 

alhamdulillah. dapat la kami teman ann dan tok walaupun sekejap. kami dok jaoh, bukan selalu dapat balik kampung. maafkan kami kalu kami xpandai nk jaga ann dan tok. kami cuba sedaya mungkin. walaupun cheq xmasak hari-hari *sebab tokteh aisyah ada*. tapi cheq cuba jalankan tanggungjawab cheq sebagai cucu. huhu. inilah masanya cheq nak balas jasa tok dan ann sebab dulu tok ngn ann dok jaga kami adik beradik walaupun kami adik beradik neh banyak sangat ragam. terima kasih tok ngn ann! :)

Ja'afar Wan Chik a.k.a ann
Rasimah Mat Isa a.k.a tok
ok. kita tutup cita tok dengan ann yaa. =)

biar mimpi sampai ke bintang. malam neh. aku sempat menikmati malam yang sangat indah. aku sempat merenung bintang-bintang di atas langit ciptaan Yang Maha Esa. cantik! walaupun tak banyak. tapi sangat meng-asyikkan. sambil layan perasaan. aku suka layan perasaan di beranda. dapat menenangkan fikiran dan juga hati yang lara ini. dan juga dapat memikirkan masa depan yang bakal dilalui. urmm... memang susah nak memikirkan masa depan wat masa sekarang. biarlah semuanya berlaku dengan ketentuan ILAHI. 

memangla manusia dikehendaki untuk berusaha untuk mancapai cita-cita untuk masa depan yang terbaek kan? tapi. bagi aku. ntah lah. aku sendiri pun tataw nanti bila aku dah abeh belajaq aku nak keja apa. hmm. sebab baru sekarang aku realised bertapa susahnya bila jadi tikus makmal since upsr lagi. huhu. sadis ok. itu telah membuatkan aku takut untuk sambung or teruskan bidang aku in IT. cam tak kena ja dengan jiwa aku neh. aku lebih suka ke arah kaunseling. ops! mmg lari dari bidang aku. tapi. sejak aku wt Inventori Personaliti Warna(IPW), mmg warna yang akan mewakili aku adalah warna biru, which is warna yang romantik katanya. dari segi psikologi, warna biru neh mempunyai kelembutan tersendiri, peramah etc.. dan kerjaya untuk warna biru neh more kepada bidang kaunseling, guru and relate to interact and communicate with people. =)

biar mimpi sampai ke bintang. sekarang aku takut lagi untuk bermimpi. salah satu mimpi aku telah berkecai dengan jayanya. huhu. so, sekarang neh mmg aku agak takut untuk bermimpi lagi. biarlah orang nak cakap aku paranoid or what. but. it is. memang pun aku agak paranoid. ntahlah. aku dah xberani untuk berangan-angan jaoh dan memikirkan something yang tidak mungkin berlaku. tapi. insyaALLAH. dengan ketentuan ILLAHI, insyaALLAH dengan apa yang berlaku ada hikmahnya. ALLAH lebih mengetahui. ='D ALLAH memberi aku peluang untuk belajar akan kesilapan aku dan memberi peluang untuk aku untuk mendekati diriNya dengan lebih dekat lagi. alhamdulillah. aku akan cuba untuk memperbaiki diri aku ke arah yang lebih baek. =) bukan itu saja, sekarang neh aku malas untuk mencari jodoh atau cinta, biarlah ia datang dengan sendiri. aku siap suh mama carikan lagi. tapi mama cakap. mama tak mahu carikan. sebab mama xsuka kalu mama nak carikan and mama malas. mama cakap. kat luaq ada banyak ag jodoh. and mama xbape nak risau sangat kat aku kalu xdak jodoh ag sekarang, sebab aku baru nak masuk 22 bukannya 30 kan? hehe :) tanx mama! sebab still ada time akak perlukan mama..

biar mimpi sampai ke bintang. sudah terlalu panjang coretan aku kali ini. inilah padahnya bila sudah lama tidak meng-updet. mula la nak updet panjang-panjang. maaf ya semua. :) fyi. sekarang neh aku sudah mula berjinak-jinak akan jahitan craft.. aku mual menjahit craft neh bila akak aku da sponsor doorgift untuk bff dy. pada mulanya kami hanya menjahit sebentuk love dan juga just tulis TQ pada love itu.. since kain felt ada lebih and esok nak g dating dengan dinie and mahani. terdetik la di hati untuk mencuba laen dari yang laen. seperti orang laen mungkin. hehe :) cubaan pertama aku berjaya juga dihasilkan. alhamdulillah.. akanku cuba untuk memperbaiki lagi kekemasan pada jahitan dan jugak teknik-teknik yang perlu diguna pakai kan. insyaALLAH =)

biar mimpi sampai ke bintang. berangan untuk ada online shop sendiri. tapi. xberani nak menanggung risiko. sebab takut aku xmampu untuk melakukannya. huhu. akan dicuba lagi pada masa akan datang. insyaALLAH.. biarlah mimpi sampai ke bintang walaupun kita tak mampu untuk capai bintang, kita boley lagi nak capai langit. :)

cubaan pertama aku dan akak

cubaan pertama aku :)

notakaki: sedikit demi sedikit, aku cuba untuk memikirkan lebih jauh lagi untuk masa depan aku. :)


p/s: neh semua gara-gara tengok telefilem Biar Mimpi Sampai ke Bintang la neh. aku suka! sebab ada bintang.. HAHA! =)

Comments

Popular posts from this blog

Natural Skincare; Mary Jardin

New Semester

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel